Selamat Datang di Mirza.Advertising, Para Sobat Boleh Lihat dan Download Pa saja di Blog ni Kunjungi Toko Mirza.Advertising Jl. Medan - Banda Aceh Simpang IV Meureudu Pidie Jaya, Kami Menerima Jasa Photo Praweding, Wedding, Resepsi Acara Lainnya dan Kami Menerima Percetakan Berupa Balliho, Spanduk,Neon Box,Sticker,Kalender,Banner,Card Name Dll, Buktikan Sndiri Insyaallah Hasil Memuaskan.
Subscribe:

100% Aceh

Rabu, 25 Januari 2012

Syariat islam di aceh masa Iskandar Muda

Sultan Iskandar Muda Menghukum Mati Anaknya Sendiri Karena Menegakkan Syariat Islam

 

Meurah Pupok adalah salah satu anak dari Sultan Iskandar Muda, makamnya terletak di  salah satu makam di dalam kawasan petak, Meurah Pupok dijatuhkan hukuman hudud oleh ayahnya sendiri yaitu Sultan Iskandar Muda atas kesalahan berzina dengan isteri salah seorang pengawal istana.  Berbagai hukuman cadangan diberikan agar Baginda meringankan hukuman ke atas Meurah Pupok memandangkan ia anak seorang Sultan, namun Iskandar Muda menolak semua cadangan itu demi memastikan Syariat Islam tertegak ke atas sesiapa sahaja.
Suatu contoh teladan yang patut diikuti oleh pemimpin kita saat ini, sikap patriot yang sangat tegas dari seorang pemimpin yang tidak kenal perbedaan dalam menegakkan sebuah aturan.
sikap yang sudah hampir tidak mungkin kita dapati lagi pada pemerintahan di masa kebangkrutan moral seperti saat ini.
Meurah Pupok adalah anak dari isterinya yang bergelar Putri Gayo yaitu yang berasal dari suku Gayo salah satu suku di Aceh Tengah.
isteri Iskandar Muda yang lain adalah Putri Sani yang berasal dari Ribee, Pidie, Aceh. Dari Putri Sani, lahirlah anak yang akhirnya menjadi salah seorang Sultanah Aceh iaitu Sultanah Sri Ratu Safiatuddin Tajul Alam (1641-1675). Ratu Safituddin ini berkahwin dengan anak kepada Sultan Ahmad Syah, Pahang, Malaysia yang akhirnya menjadi Sultan ke-13 selepas Sultan Iskandar Muda. Beliau adalah Sultan Iskandar Thani (II) (1636-1641). Selepas zamannya, maka bermulalah Aceh diperintah oleh para Sultanah dengan dimulai oleh Sultanah Safiatuddin.
Isteri Sultan Iskandar Muda yang terkenal adalah Putroe Phang (Puteri Pahang). Namanya adalah Puteri Kamaliah. Ia merupakan puteri dari Kesultanan Pahang setelah Pahang ditakluk oleh Aceh pada tahun 1617. Ada yang mengatakan bahawa Putroe Phang ini adik kepada Sultan Ahmad Syah, Pahang pada masa itu. Namun, hasil perkahwinan antara Iskandar Muda dengan Putroe Phang tidak melahirkan anak.
Anak Iskandar Muda yang bergelar Meurah Pupok ini adalah hasil perkahwinan Baginda dengan Putri Gayo. Kalimah ‘Meurah’ adalah gelaran bagi Raja-Raja Aceh sebelum kedatangan Islam. Contohnya adalah Meurah Silu iaitu orang yang awal mendirikan Kerajaan Islam Samudera Pasai (sekarang Aceh Timur). Kerajaan Samudera Pasai bermula pada tahun 1042 sehingga 1427 Masihi. Meurah Silu di Islamkan sekitar tahun 1270-1275 Masihi oleh seorang ulama’ dari Mekah iaitu Sheikh Ismail. Akhirnya nama beliau bertukar menjadi Sultan Malikus Saleh. Kerajaan ini dimulai dengan Islam dizaman pemerintahannya iaitu tahun 1261-1289 Masihi. Dalam bahasa Gayo, kalimah ‘Meurah’ disebut sebagai ‘Marah’.
Kini, makam Meurah Pupok iaitu anak Sultan Iskandar Muda ini dikelilingi oleh lebih 2000 makam tentera Belanda yang berjaya dibunuh oleh para Mujahid Aceh sekitar tahun 18. Di makam Meurah Pupok, tercatat kata-kata yang sangat masyhur dari Sultan Iskandar Muda saat menjatuhkan hukuman hudud ke atas anaknya itu yaitu “Mate Aneuk Meupat Jirat, Gadoh Adat Pat Tamita” . Perkataan yang diucapkan oleh baginda di dalam bahasa Aceh ini bermaksud ‘ Mati Anak Boleh Dicari Kuburnya, Tetapi Mati Adat Dimana Lagi Mahu Dicari’. Maksud ‘adat’ didalam ayat ini adalah adat-adat yang Islami yang dihidupkan di bumi Aceh Darussalam pada masa itu.
Dalam sejarah Kerajaan Islam Aceh Darussalam di era Kesultanan Aceh (1514-1903), tercatat bahawa adalah seorang lagi sultan yang sangat tegas melaksanakan perintah Allah walaupun terhadap anggota keluarganya sendiri iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah II Al-Qahhar (Sultan Alauddin Riayat Syah Sayyid Al-Mukammil), sultan Aceh yang ke-10 yang memerintah pada tahun 1588-1604. Ini diakui oleh Teungku Hasanuddin Yusuf Adan (Ketua Dewan Dakwah Islamiah Indonesia-Cabang Aceh (DDII) / pensyarah Fakultas Syariah IAIN Ar-Raniry)dalam tulisan beliau, Syariat Islam di Aceh: Antara Implementasi dan Diskriminasi, menyatakan bahawa:
“sebagai contoh konkrit tentang pelaksanaan Syariat Islam yang berkenaan dengan hukum hudud dalam kerajaan Aceh Darussalam adalah apa yang terjadi pada masa Sultan Alauddin Riayat Syah II Al-Qahhar yang telah melakukan hukuman bunuh ( qishas ) terhadap puteranya sendiri, Abangta yang ditangkap kerana zalim, membunuh orang lain dan melawan hukum serta adat yang berlaku dalam kerajaan”.
Malangnya, ada buku-buku sejarah yang menulis bahawa, Aceh berada di bawah pemerintahan yang kejam dan keras iaitu zaman Iskandar Muda. Sekarang barulah kita mengetahui, yang dimaksudkan dengan kejam dan keras itu adalah kerana beliau melaksanakan Syariat Allah dalam pemerintahannya. Inilah sejarah yang ditulis oleh para orientalis dan anak didik mereka

Sumber : Aneuk Nanggroe

0 komentar:

Poskan Komentar

Labels